Bunkface
Kumpulan Bunkface ( Sumber Foto: Ihsan Bunkface Production )

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan rock ternama, Bunkface bakal menemui peminat Borneo dengan persembahan mereka dalam konsert bertajuk “Bunkface Rock In Borneo”.

Konsert ini akan berlangsung pada 19 Julai ini bertempat di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.

Bunkface, yang diiktiraf dengan lagu-lagu popular seperti “Situasi”, “Revolusi”, dan “Panik”, telah mencipta nama dalam dunia muzik rock tempatan.

“Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan
daripada Mycreative Ventures Sdn Bhd mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah”, kata Sam.

“Kami juga berharap konsert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini” tambah Youk.

Tiket konsert “Bunkface Rock In Borneo” telah mula dijual pada 11 Jun di tapau1x.tapau.asia .

Tiket dijual bermula dari RM 88 untuk CAT 1 – Panik , RM 128 untuk CAT 2- Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *