MOSCOW, RUSIA – Ketua kumpulan tentera swasta Wagner, Yevgeny Prigozhin telah mencapai kata sepakat hasil pengantaraan Presiden Belarus Alexander Lukashenko pada Sabtu.
Memetik memetik laporan agensi berita RIA Novosti, Prigozhin telah menerima cadangan Lukashenko untuk menghentikan kemaraan tentera upahan Wagner dan meredakan ketegangan di Moscow.
Terdahulu pada hari sama, Putin memaklumkan rakan sejawatannya dari Belarus mengenai situasi di Rusia mengenai kumpulan Wagner.
“Presiden Belarus mengadakan perbincangan dengan Yevgeny Prigozhin. Mereka mencapai persetujuan bahawa pertumpahan darah beramai-ramai di wilayah Rusia tidak boleh diterima,” katanya.
Agensi berita TASS Rusia melaporka pejuang Wagner telah meninggalkan wilayah Rostov di selatan Rusia dan menuju ke kem lapangan mereka.
“Kes jenayah terhadap Prigozhin akan digugurkan, dan beliau akan pergi ke Belarus,” jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu pemberita.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apa yang akan dilakukan Prigozhin di Belarus.
“Lukashenko telah mengenali secara peribadi dengan Prigozhin selama kira-kira 20 tahun dan ini adalah cadangan peribadinya yang dipersetujui Putin.
“Terdapat matlamat yang lebih penting untuk mengelakkan pertumpahan darah, untuk mengelakkan konfrontasi dalaman, untuk mengelakkan pertembungan dengan keputusan yang tidak dapat dijangka.
“Demi matlamat ini usaha pengantaraan Lukashenko dibuat, dan Presiden Putin membuat keputusan yang sesuai,” kata jurucakap itu.
Pertelingkahan dengan kumpulan Wagner tidak akan menjejaskan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.