Mayat
Pasukan bomba mengusung mangsa keluar dari hutan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Seorang warganegara lelaki Indonesia maut ketika mengkaji hutan bersama dua rakan di kawasan Borneo Timber, Sungai Pinangah, sini, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 24 tahun mengadu mengalami sakit badan dan tidak mampu meneruskan perjalanan pada hari tersebut.

Pasukan bomba dimaklumkan berkenaan kecemasan itu pada kira-kira 6.30 pagi namun perjalanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran berjarak 132 kilometer (KM) dari kawasan insiden.

“Sewaktu dalam perjalanan ke lokasi kejadian, pasukan bomba menerima panggilan daripada rakan dilokasi pada jam 2.25 petang dan memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal meninggal dunia.

“Operasi mengeluarkan mangsa di hutan turut dibantu pasukan bantuan BBP Sook bergerak pada jam 1.20 tengah hari,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.20 petang dan mendapati mangsa terbaring di dalam khemah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba memulakan operasi dengan bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung tetapi ditangguhkan akibat cuaca hujan yang menyebabkan laluan bukit curam menjadi licin.

“Keadaan yang gelap serta berat badan mangsa lebih kurang 110 kg menyukarkan operasi. Tiada litupan GIRN dan talian telefon di lokasi kejadian,” tambahnya.

Operasi mengeluarkan mengeluarkan mangsa disambung pada jam 5 pagi hari seterusnya dengan bantuan pasukan BBP Sook.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis yang berada di parkir kenderaan penghujung jalan raya dan disahkan meninggal dunia.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari Sabtu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *