Hajiji
Hajiji menyaksikan majlis menandatangani memorendum peesafahaman diantara Mohd Ezra Affendy daripada group managing Director and Deputy Chairman Soverign Sengalang Sdn Bhd(SSSB) Dan Denys Mykhailiuk charge d Affaires and Interim Embassy On Ukaraine in Malaysia pada Majlis Anugerah Sains Sabah(MASS) 2023 bertempat Di Grand Ballroom, Hotel Shangri-la, Tanjung Aru ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah, ditandatangani di sini malam tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU itu sempena perasmian Majlis Anugerah Sains Sabah (MASS) 2023 di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Jumaat.

Majlis MoU itu ditandatangani antara tiga pihak iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainudin Aman manakala Sovereign Sengalang Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan/ Timbalan Pengerusinya, Mohd Ezra Effendi dan Yuzhnoye State Design Office diwakili Denys MyKhailiuk, (Charge d’ Affaires ad interim, Embassy of Ukraine).

Hajiji berkata sekiranya kajian itu membawa indikasi positif, Sabah bakal membina
‘space launching facility’ atau kemudahan pelancaran angkasa lepas yang ke-16 di
dunia.

“Ini sekaligus akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara kesembilan yang
memiliki fasiliti sedemikian seterusnya bakal melonjakkan Sabah menjadi negeri ulung
serta berpotensi dalam konteks pemindahan ilmu dan teknologi aeroangkasa aras tinggi
di Malaysia.

“Justeru, MoU Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah adalah tepat pada masanya, untuk melihat kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas Antarabangsa Sabah di lokasi yang akan ditentukan kelak.

“Pembinaan pusat industri pelancaran itu juga akan dapat memacu pertumbuhan
antara 300 hingga 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa seperti pembinaan,
electronik dan logistik.

“Selain itu ia membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya serta limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah,” katanya.

Katanya, kedudukan negeri Sabah adalah sangat strategik dan berada di halaju garis
lurus maksimum (Maximum Straight Linear Velocity) yang secara tidak langsung dapat
mengurangkan kos pelancaran kenderaan angkasa akan terus ke ruang angkasa
antarabangsa tanpa melalui ruang angkasa Indonesia.

“Selain itu, dapat melonjakkan pencapaian negeri dalam bidang STIE (Sains Teknologi,
Inovasi dan Ekonomi), merangsang minat belia dalam sektor aeroangkasa, pembinaan fasiliti pelancaran kenderaan angkasa komersil ‘ Cyclone, akan menjadi pemangkin baharu sektor pelancongan negeri,” katanya sambil menambah ia juga memberi pulangan dengan anggaran 20 peratus daripada hasil setiap pelancaran kenderaan angkasa yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun.

Beliau berkata, setakat ini kajian kebolehlaksanaan masih di peringkat awal pelaksanaannya dan mengambil masa selama enam hingga 12 bulan.

“Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan lanjut Kabinet Negeri Sabah dan selanjutnya Kabinet Persekutuan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *