Pandu puteri
Tunku Soraya (kanan) menerima cenderamata daripada Shirley (kiri) sambil disaksikan oleh Jeyadhevi (tengah) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 467 orang hadir ke Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-58 Persatuan Pandu Puteri Malaysia(PPMM) 2023.

Daripada jumlah tersebut, 231 orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati, 176 orang penerima anugerah serta 60 orang ahli jawatankuasa daripada 18 PPPM seluruh negara.

Majlis penutupan persidangan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua PPPM di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramaniam, Yang Dipertua PPPM Cawangan Sabah, Kartini Datuk Haji Arif dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Sabah, Shirley Wong. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *