Japen
Asmi (kanan) ketika sidang media program tersebut ( Sumber Foto: Ihsan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program Seni Warisan Juara Limbai 2023 di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabtu Ini.

Ketua Penolong Pengarah (Rancangan TV) RTM, Aris Arapa berkata, program yang berkonsepkan pertandingan tarian itu bakal menyaksikan enam kumpulan iaitu tiga sekolah rendah dan tiga sekolah menengah berentap merebut gelaran juara kategori rendah dan menengah.

“Antara sekolah yang bakal bertanding adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, SK Pekan Kota Belud dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ST James Kota Kinabalu bagi kategori rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong Kota Kinabalu, SMK Lok Yuk Kota Kinabalu dan SM Maktab Sabah Kota Kinabalu bagi kategori menengah.

“Program anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang diadakan dengan kerjasama rakan strategik RTM antaranya UMS, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah ditaja sepenuhnya oleh AJ Production dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM31,000,” ujarnya semasa sidang media dan Majlis Penyerahan Surat setuju Terima Penajaan Program Seni Warisan Juara Limbai 2023 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital, pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Production, Asmi Andi Yakin, Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Aritika Matbee, Ketua Pegawai Operasi AJ Production, Jasnie Mohd Yaakub dan Penolong Pengarah Penerbitan TV, Ruskap Muaram. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *