PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Polis menahan teman wanita seorang pemain pertahanan Sabah FC kerana merosakkan pintu rumahnya.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata Mohd Rizal Mohd Ghazali membuat laporan pada Sabtu (17 Jun) jam 2.58 pagi.

“Suspek kemudian ditahan pada Rabu (semalam) kira-kira jam 8 malam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya kes ini boleh diselesaikan dengan penahanan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidi mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebar berita palsu berhubung kes berkenaan yang telah tular di media sosial.

Rizal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Majistret Petaling Jaya kerana didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37.

Beliau ditahan pada hari yang sama kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah hotel di Petaling Jaya sekitar jam 6 pagi Rabu (7 Jun).

Rizal turut didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan merosakkan telefon bekas peserta Miss Universe Borneo yang juga seorang pakar kecantikan di sebuah klinik di Sutera Avenue di sini.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada Isnin membenarkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Rizal untuk tidak mengganggu Hani dan saksi. Sebutan kes ditetapkan pada 24 Ogos.

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *