SHAH ALAM, SELANGOR – Apabila Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berbicara soal ekonomi, seolah-olah ada pengumuman besar untuk memastikan nilai ringgit lebih kukuh.

Demikian kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa semakin banyak Ahmad mengeluarkan kenyataan ekonomi, ianya semakin merudum.

Menerusi rakaman video pada rancangan podcast ‘Keluar Sekejap’, Khairy berkata individu di pasaran kewangan, pelaburan mahu mengetahui berita yang bakal disampaikan itu.

“Bagi saya cara pengumuman itu bagus kerana ia merupakan gerakan taktikal, namun ia tidak akan mengubah soal gambaran landskap pelaburan di negara kita,” katanya pada Rabu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Khairy, dua cara untuk menarik pelaburan dan mengukuhkan nilai ringgit di Malaysia adalah dengan menjual sedikit pegangan kepada dana mahsul dan menjadikan negara sebagai pejabat keluarga.

“Pelabur yang datang melabur melihat kepada kerajaan, usaha syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyediakan peluang untuk dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga…

“Apabila pegangan dijual sedikit kepada dana mahsul, ia akan memberi kesan lebih besar daripada pengumuman yang kecil untuk jangka masa panjang.

“Tingkatkan pelaburan ke dalam negara. Kerajaan bukan sahaja perlu menarik perhatian syarikat dan profesional, sebaliknya pejabat keluarga juga,” katanya.

Beliau berkata strategi Singapura sejak beberapa tahun lalu adalah menarik pejabat keluarga yang mana ia merupakan satu entiti ditubuhkan oleh keluarga kaya untuk menguruskan kewangan mereka.

“Cuma kita perlu ada persekitaran polisi yang lebih fleksibel untuk pejabat keluarga ditubuhkan di sini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *