Rumah
Sekadar gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) lebih 10 tahun diarahkan untuk mengosongkan kediaman mereka dalam tempoh tiga bulan selepas Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) ditegur Jabatan Audit Negara (JAN).

Dalam satu surat bertarikh 19 Jun 2023, JAN menegaskan bahawa persetujuan penyewaan bagi rumah kos rendah kategori bukan sewa beli adalah maksimum 10 tahun sahaja.

Surat
Surat Pekeliling Had Penyewaan 10 Tahun dari JAN kepada LPPB

Terdapat 40 PPR yang wujud di Sabah dengan 9 daripadanya iaitu juga terbanyak berada di Sandakan.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah dalam satu siaran Facebook hari ini berkata akan membuat siaran langsung setengah jam pada pukul 8 malam ini (Rabu) di Facebook dan TikTok bagi menjelaskan perkara itu.

Pada Mac, beliau berkata terdapat 41,135 permohonan untuk rumah kos rendah di Sabah dalam tempoh lima tahun.

“Statistik itu terlalu tinggi berbanding bilangan rumah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Kita kini sedang menyasarkan untuk memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima,” katanya.

Di satu ruangan komen pada media sosial Facebook, halaman popular Info Lalu Lintas Sabah berpendapat bahawa orang lain patut diberikan peluang menjadi penghuni baru.

“Bukan kamu terus mau kekal selamanya disana. Siap renovate lagi. Siap beli Alphard, Fortuner,” katanya.

Pailis Dennis mendakwa berlakunya sewa atas sewa demi keuntungan diri sendiri di flat PPR yang beliau kini sedang menetap.

“Bermakna ramai yang tidak perlukan rumah tersebut kerana ada rumah lain atauu sendiri sekaligus merampas hak orang yang betul-betul memerlukan PPR. Malahan, status kewarganegaraan segelintir penyewa diragui,” katanya.

SaudaHappy Garden D’kota Belud berkata pihak berkuasa sepatutnya tegas mengambil tindakan.

“Tempoh 10 tahun mungkin tidak mencukupi untuk sesetengah keluarga. Golongan ini yang wajar diperhatikan.

“Penguatkuasaan termasuk penilaian data pemilik serta ekonomi perlu diutamakan,” katanya sambil memuji usaha itu.

Walau bagaimanapun, Harith M. Yahya berkata semuanya telah ditetapkan dari awal.

“Ketika mereka menanda tangani sewaan tersebut maka apa yang dilakukan oleh LPPB itu adalah bersesuaian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *