Richard
Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Maju Sabah (SAPP) menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atas pelantikan Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.

Dalam sebuah kenyataan, SAPP juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas persetujuan beliau dengan pelantikan terbabit.

“SAPP yakin Richard akan melaksanakan tugas baharunya dengan baik sebagai Timbalan Speaker kerana beliau mempunyai pendedahan yang mencukupi dalam memerhatikan prosiding Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen selama beberapa tahun.

“Richard juga tidak asing dalam kerajaan Sabah kerana beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam kerajaan Sabah bermula sebagai Setiausaha Akhbar kementerian pada tahun 1990.

Menerusi kenyataan terbabit turut menjelaskan beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Sabah dan Lembaga Pelabuhan Sabah.

Ahli pengasas Parti Maju Sabah (Parti Progresif Sabah – SAPP), Richard, telah mendedikasikan dirinya sebagai Setiausaha Agung parti itu sejak 2003. Beliau juga dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Presiden parti pada 2018.

Sejak pembentukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah, Richard telah berkhidmat sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi GRS dan merupakan Pengerusi GRS bahagian Sandakan.

Berusia 66 tahun, dan bermastautin di Kota Kinabalu, Richard juga merupakan penasihat beberapa badan bukan jerajaan (NGO) dan pernah berkhidmat dalam kerja sosial dan kemasyarakatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *