Pengakap
Owen Chen (kiri) dan Yahamad (kanan) berjabat tangan selepas menandatangani memorandum persefahaman ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Neurogine Group Of Companies memperuntukan RM3 juta bagi memperkasa sistem operasi pendigitalan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Neurogine, Owen Chen Chee Onn berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk membangun seterusnya menyediakan platform digital mudah alih keseluruhan sistem operasi PPMCS merangkumi pendaftaran ahli baru, sistem kewangan, pembayaran yuran dan perniagaan.

Owen Chen yang ditemui dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PPMCS dengan Neurogine Sdn. Bhd. pada Khamis, memaklumkan syarikatnya turut menyumbangkan RM10 ribu kepada PPMCS bagi memacu semula operasi Gilwell Scouts Nature Park Sandakan yang diiktiraf sebagai Scouts Center Of Excellence For Nature And Environment (SCENES) dunia selepas terhenti akibat pandemik.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Yahamad Buddin berharap agar platform itu akan menjadikan sistem pentadbiran, operasi dan komunikasi PPMCS lebih cekap dan telus.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Jamaluddin @ Jamal Jinal dan ahli-ahli tertinggi PPMCS. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *