MK
MK K- Clique (kiri) berkahwin dengan gadis pilihan hati, Siti Haajar (kanan) – ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

AMPANG, SELANGOR – Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique, MK sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang di sini, pada jam 9.35 pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian, MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Pada majlis itu, MK memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah ini turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas enam dulang daripada pengantin perempuan.

MK ketika ditemui sangat teruja dan bersyukur majlis pernikahannya lancar.

Majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar dihadiri 100 tetamu merangkumi keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Spekulasi MK bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *