Van
Van Perodua Rusa yang remuk dirempuh keretapi ( Sumber Foto: Ihsan IPD Papar )

PAPAR, SABAH – Empat lelaki dalam kenderaan Perodua Rusa selamat selepas dirempuh keretapi pada lintasan berhampian Jalan Perumahan Kampung Anak Kinarut, di sini, pada kira-kira jam 6 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata siasatan awal mendapati kereta api dari Stesen Kereta Api Sembulan menuju ke Beaufort.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta Perodua Rusa secara tiba-tiba berhenti di atas laluan kereta api.

“Pemandu kereta api sempat membunyikan hon amaran ketika menghampiri palang selain cuba menekan brek namun gagal kerana menyedari kehadiran kereta dalam jarak 20 meter.

“Dalam kereta itu terdapat empat lelaki dan semuanya sempat keluar dari kenderaan sebelum perlanggaran berlaku.

“Pemandu kereta Perodua Rusa berusia 42 tahun mengalami luka calar di kepala manakala tiga lagi penumpangnya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kamarudin berkata, pemandu Perodua Rusa mendakwa ketika melalui landasan itu, enjin kenderaannya secara tiba-tiba mati sehingga menyebabkan tidak dapat bergerak lalu dilanggar oleh kereta api terbabit.

“Pemandu kenderaan juga mendakwa tidak menyedari kehadiran kereta api berkenaan kerana palang landasan dalam keadaan terbuka.

“Siasatan ditempat kejadian mendapati terdapat palang bagi menutup laluan jalan raya untuk kenderaan lalu di landasan kereta api berkenaan.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat menutup palang landasan kereta api kerana kedua-dua palang tidak berfungsi.

“Siasatan masih diteruskan dan kakitangan yang ditugaskan menjaga palang lintasan keretapi ditahan untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *