Juhar
Jeff (dua dari kanan) memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi SBSA kepada Tun (kanan) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Bot dan Kapal Sabah (SBSA), Jeff Lu mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Selasa.

Menurut Lu, kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan Tun Juhar kepada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan yang mendapat sokongan Jabatan Laut Malaysia dan dilancar sejak 8 Mei lalu itu, selain memaklumkan berkenaan perkembangan serta aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun ini.

Katanya, SBSA ditubuhkan untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan industri marin di Sabah, di samping mempromosikan serta menyokong kepentingan 1,000 pemilik bot, 300 pemilik kapal dan lebih 12,000 pelaut di Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *