Joachim
Joachim (tengah), Suman (kiri) dan Daniel (kanan) bergambar bersama dengan perwakilan hadir dalam AGM PBS Bahagian Tambunan ( Sumber Foto: Ihsan PBS )

TAMBUNAN, SABAH – Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam mengajak semua pemimpin dan ahli parti untuk bergerak ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan pimpinan terdahulu.

Di samping itu, beliau meminta mereka agar mengambil sebanyak mungkin peluang daripada kestabilan politik ketika ini untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti di negeri ini.

“PBS kini sudah berusia 38 tahun. Kita sudah cukup matang…para pemimpin terdahulu sangat jelas dan terbukti dalam memperjuangkan parti dan kini tiba masanya kita melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-38 PBS Bahagian N.39 Tambunan yang diadakan Dewan Keluarga Angkangon, semalam.

Seramai 200 orang perwakilan dan pemerhati hadir ke AGM berkenaan.

Joachim dalam pada itu turut berkata PBS akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan politik yang ada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meneruskan momentum kestabilan politik semasa ketika ini.

Beliau melihat kestabilan politik juga amat perlu dalam menentukan keadaan politik PBS di masa hadapan.

“Kalau semua bertanggungjawab dalam parti saya percaya kita akan terus bangkit dan gemilang,” katanya.

Turut hadir, Ketua Bahagian Tulid, Datuk Suman Yasambun.

Joachim
Joachim (tengah), Suman (kiri) dan Daniel (kanan) bergambar bersama dengan perwakilan hadir dalam AGM PBS Bahagian Tambunan ( Sumber Foto: Ihsan PBS )




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *