Safar
Safar (tengah) merakamkan gambar bersama Abdul Wahab (tiga dari kiri) dan Awang Shaminan (dua dari kiri), Mahkzan (tiga dari kanan), Mohd Rashid (kanan) dan Alvin (kiri) – ( Sumber Foto: Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Upacara pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.

Beliau turut menerima sijil pangkat kehormat dan tongkat kuasa di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Turut menerima anugerah serupa ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Sementara itu, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag. Sahari pula dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Manakala, dua lagi individu iaitu Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Elvin Alrick Jilan dan Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat). — JABATAN PENERANGAN SABAH 






Previous articleSU Perhubungan TYT Sabah Dianugerahkan PJN

Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *