Jeffrey
Jeffrey tunduk hormat ketika mendahului upacara meletakkan karangan bunga ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Tragedi Double Six pada 06 Jun 1976 yang mengorbankan nyawa Ketua Menteri Tun Fuad Stephens serta beberapa orang kenamaan dalam pesawat Nomad, masih segar dalam ingatan rakyat Sabah.

Semalam, genap 47 tahun upacara bagi memperingati peristiwa bersejarah itu diadakan di kawasan lokasi kejadian pesawat terhempas iaitu di Sembulan.

Memulakan acara, seluruh hadirin bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa diikuti upacara meletakkan karangan bunga yang didahului Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan diikuti ahli keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Turut memberi penghormatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, wakil Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Robert Lipon, wakil Pesuruhjaya Polis Sabah, ASP Cyril Edward Nuing @ Hilary dan Pengurus Besar Magellan Sutera Harbour, Adrian De Rozario. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *