Fairuz
Sesi foto sekitar Program JIWA di Kota Belud ( Sumber Foto: Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Golongan belia digesa agar sentiasa proaktif dan melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata pelbagai cabang ilmu diperlukan untuk menyiapkan golongan belia yang bijak dan berpengetahuan luas seiring dengan perkembangan semasa.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pintasan turut menyarankan golongan belia supaya terus memberi sokongan kepada program-program anjuran agensi kerajaan demi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

Beliau ditemui media ketika merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Daerah Kota Belud di Dewan Arena Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBSS).

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Sabah, Azman Sipan.

Program setengah hari itu menampilkan dua orang penceramah masing-masing mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) daerah Kota Belud untuk memberikan ceramah diselitkan persembahan oleh artis Pentarama. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *