Awang ahmad sah
Hajiji bergambar bersama Awang dan AJK WARISAN Bahagian Kota Kinabalu yang memgumumkan keluar dari parti ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat )

KOTA KINABALU, SABAH – Majoriti ahli jawatan kuasa Parti Warisan Sabah (WARISAN) Kota Kinabalu yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah mengumumkan keluar dari parti, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Awang berkata pihaknya kini menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor.

Katamya, pihaknya telah bertemu dengan Hajiji di kediaman Sri Gaya bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut dan hasrat menyokong penuh kerajaan perpaduan Sabah.

“Sebarang pertikaian politik harus menunggu sehingga penggal penuh diselesaikan baru bersaing.

“Buat masa ini, perlu difikirkan bahawa rakyat boleh bekerja dan berniaga dalam suasana politik negara yang stabil.

“Satu-satunya harapan rakyat ialah politik negara dapat stabil, dan mereka juga sudah bosan dengan ketidakstabilan negara yang disebabkan oleh pertikaian politik,” katanya.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *