Pdrm
Tangkap layar rakaman CCTV di luar pub berkenaan ( Sumber Foto: Ihsan IPD KK )

KOTA KINABALU, SABAH – Tujuh termasuk seorang wanita ditahan polis kerana terlibat dalam pemukulan seorang lelaki yang bermula di luar sebuah pub di Luyang Commercial Centre, sini, pada lima petang, Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan Kalsom Idris berkata, lelaki berkenaan dipanggil ke luar oleh seorang wanita berbaju merah dan lelaki berbaju putih yang beliau mendakwa tidak dikenali.

“Semasa di luar, pengadu telah ditumbuk di muka dan ditendang di perut oleh beberapa orang lelaki lain yang turut asing baginya.

“Akibat itu, pengadu mengalami pendarahan di hidung dan sebelah kanan atas kepala.

“Siasatan lanjut mendapati suspek telah menarik pengadu dan membawanya masuk ke dalam sebuah kereta untuk dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kalsom berkata ketika itu telefon bimbit pengadu telah dirampas sehingga menyebabkan kerosakan.

“Semasa dalam perjalanan, seorang suspek lelaki mengeluarkan sebatang cota besi dan mengugut mangsa dengan berkata: Kalau kau mengaku semua akan selesai. Kau masih keras kepala tidak mengaku.

“Siasatan juga mendapati 3 orang suspek telah menumbuk dan menendang pengadu berkali-kali sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan dan salah seorang suspek telah membuat ugutan sambil memegang cota besi ketika dalam kereta sehingga pengalami ketakutan,” katanya.

Selepas tiba di IPD KK, satu laporan polis dibuat dan pengadu kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.

Kalsom berkata pengadu berada dalam keadaan stabil dan punca kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya semua suspek kes itu dapat diselesaikan.

Dalam pada itu, Kalsom menasihati orang awam agar tida membuat spekulasi atau mengongsikan maklumat yang tidak sahih berhubung kes itu yang telah tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *