Buggy
Bangunan Buggy House Sabah Golf and Country House musnah terbakar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 63 ‘buggy’ bernilai RM36,000 setiap satu musnah dalam kebakaran bangunan di Sabah Golf Country Club, Bukit Padang, sini pada awal Jumaat.

Insiden 12.28 pagi itu turut memusnahkan beberapa set kayu golf jenama Honma yang bernilai RM5000 setiap satu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata bangunan dua tingkat ‘Buggy House’ untuk meletak kenderaan terbabit yang berukuran 60×30 kaki terbakar 80 peratus.

Walau bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam api yang berjaya dikawal pada jam 1.15 pagi.

“Tindakan pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran dua pancutan 300 kaki sumber air dari jentera dan lori tangki,” katanya sambil menambah pperasi ditamatkan pada jam 2.30 pagi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *