Anwar
Suasana di dalam Dewan Canselor UMS ketika Program Temu Anwar ( Sumber Foto: Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi mengatasi masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengumuman itu dibuat dalam Program Temu Anwar yang dihadiri kira-kira 5,000 mahasiswa dan orang ramai, pada Khamis.

Dalam program tersebut, beliau sempat menjawab beberapa soalan yang diajukan dan disiarkan secara langsung di TV1 oleh RTM.

Hadir di Dewan Canselor UMS ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, wakil Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Professor Datuk Dr Kasim Mansor. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *