Ewon
Ewon merasmikan pejabat cawangan yang pertama ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

KOTA KINABALU, SABAH – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) membuka pejabat cawangan yang pertama di Sabah, di Lot 10, Wisma IDS Penampang, Isnin lepas

Pejabat baharu itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, usahawan Sabah sentiasa memberi sokongan padu kepada INSKEN.

“Ini merupakan langkah yang tepat agar usahawan Sabah mendapat akses lebih mudah dan cepat untuk bertemu, berkomunikasi serta mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan daripada INSKEN.

“Selain ruangan pejabat, ia juga dilengkapi dengan bilik latihan yang boleh memuatkan 30 peserta bagi setiap program,” katanya.

Kampus INSKEN Sabah akan beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ewon, manakala berharap usahawan dan bakal usahawan di Sabah merebut peluang itu.

“Kita merasa amat bertuah kerana INSKEN memilih Sabah untuk mewujudkan cawangan pertama di seluruh Malaysia. Ini bertepatan dengan usaha kita untuk membangunkan lebih ramai usahawan di negeri ini.

“Tiada usahawan di Sabah yang ketinggalan disebabkan faktor geografi kerana INSKEN akan sentiasa turun padang membantu usahawan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak),” katanya.

Sepanjang tahun 2022, INSKEN berjaya melatih  seramai 21,385 usahawan di seluruh negara sekaligus melepasi sasaran iaitu seramai 13,390 usahawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *