Chan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin

KOTA KINABALU, SABAH – Bekalan makanan yang selamat adalah asas kepada negara yang makmur dan maju kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

“Ia membolehkan kami membina komuniti yang kukuh, menyokong pertumbuhan ekonomi, dan memupuk kestabilan sosial,” katanya dalam perutusan Pesta Kaamatannya hari ini.

Pesta itu katanya melambangkan perpaduan, ketabahan, dan kesyukuran atas hasil tuaian yang diberikan oleh alam semula jadi.

“Ia adalah masa kita berkumpul sebagai sebuah komuniti, tetapi ia juga merupakan masa untuk merenung cabaran yang kita hadapi dalam mencapai dan mengekalkan keselamatan makanan.

“Selepas memegang jawatan selama enam bulan, saya menyedari bahawa keselamatan makanan bukan sekadar kebimbangan petani atau penggubal dasar; ia adalah satu perkara yang mempengaruhi kita semua.

“Dalam merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) telah menetapkan misi yang jelas dengan menumpu kepada empat dimensi keselamatan makanan iaitu ketersediaan, akses, penggunaan, serta kestabilan dan kemampanan.

“Dimensi ini sejajar dengan objektif yang digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Keselamatan Makanan Negara (DSMN) 2021-2025 dan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 (DAN 2.0),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata isu bekalan elektrik dan air Sabah yang telah lama berlarutan telah mendapat perhatian Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kami mengharapkan hasil yang terbaik untuk Sabah dalam menangani isu ini,” tambahnya.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *