Kedai emas
Tangkap layar video ‘prank’ kes ragut yang berlaku di Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )

KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai diminta untuk tidak khuatir berhubung video tular kononnya menunjukkan kejadian ragut yang berlaku di sebuah kedai barangan kemas di bandaraya sini pada Ahad.

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan seorang lelaki berbaju merah yang merampas barang pembelian seorang wanita dan segera melarikan diri

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Superitendan Kalsom Idris berkata pemilik kedai segera dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

“Mereka bagaimanapun berkata ia hanya satu lakonan, atau ‘prank’ sebagai inisiatif kesedaran untuk orang awam.

“Pemilik premis diminta membuat laporan polis yang mengesahkan ianya hanya lakonan semata-mata mengelak daripada menimbulkan kegusaran awam.

“Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) sentiasa menjaga tahap keselamatan ditahap tertinggi,” katanya.

Sementara itu Kalsom menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu besertakan video selain tidak mempercayai segala-galanya di media sosial tanpa pengesahan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *