Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg…

LAWAS, SARAWAK – Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo, kata Tan Sri Abang Johari Openg.

Memetik sumber Bernama, beliau yang merupakan Premier Sarawak itu berkata cadangan terbabit telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan, di sini hari ini.

“Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.

“Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi taklimat projek pembangunan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan yang dilalui kereta api terbabit.

“Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan khidmat kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *