Armizan
Armizan ketika ditemui pemberita menunggu ketibaan jenazah allahyarham di MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PAPAR, SABAH – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan membantu waris keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub dari aspek pendidikan dan pengurusan kelayakan perjawatannya dalam kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata disamping itu, pihaknya juga menjalankan inisiatif mendapatkan sumbangan untuk keluarga allahyarham.

“Pada masa yang sama juga, kita sedang berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada beberapa pihak.

“Insya-Allah esok (hari ini) mungkin kita akan dapat muktamadkan. Pada peringkat awal ini kita membantu khususnya dalam pengurusan keluarganya dalam masa terdekat dan juga pelan jangka masa panjang untuk anak-anak
allahyarham dalam aspek pendidikan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menunggu ketibaan jenazah allahyarham di MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Dalam pada itu, Armizan turut berkata allahyarham yang merupakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah itu merupakan ‘role model’ kepada semua kakitangan APM.

“Allahyarham mempamerkan satu semangat komitmen dan iltizam yang cukup tinggi. Allahyarham hanya sekadar sebagai seorang penjawat awam tapi beliau merupakan ‘role model’dan seorang kakitangan pegawai APM yang begitu komited.

“Ini merupakan misi keempat allahyarham dalam Ekspedisi Everest ini. Bermula 2019, saban tahun beliau terlibat dalam ekspedisi tidak lain tidak bukan untuk membawa semangat ‘Malaysia Boleh’ itu sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai iltizam untuk menawan puncak tertinggi dunia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *