Hajiji
Hajiji menyerahkan sumbangan kepada bakal-bakal haji daerah Tuaran di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama,Kampung Lok Batik Tuaran ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal
jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut
tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti,” katanya.

Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh
haji yang mabrur.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *