Gagasan
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Api-Api – ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat Api-Api)

KOTA KINABALU, SABAH- Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Api-Api akan segera menyusun jentera pentadbiran dan menubuhkan cawangan penaja.

Ketuanya, Datuk Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego berkata keutamaan pihaknya adalah untuk mengukuhkan jentera di semua peringkat bahagian dan bekerjasama dengan semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di parlimen Kota Kinabalu.

Menurutnya, keutamaan Gagasan Rakyat Api-Api adalah untuk mengukuhkan jentera di semua peringkat bahagian dan bekerjasama dengan parti-parti komponen GRS di parlimen Kota Kinabalu.

Jelasnya, sebagai sebuah entiti politik di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu, Gagasan Rakyat Api-Api akan lebih peka dengan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pengangkutan awam, keselamatan, kebersihan dan perumahan mampu milik.

Bagi memastikan Gagasan Bahagian Api-Api mampu memberi impak positif serta efektif dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat, barisan jawatankuasa yang dipilih terdiri dari individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang, pengalaman dan kemahiran termasuklah golongan professional muda.

Barisan jawatankuasa penaja PGRS Bahagian Api-Api terdiri daripada Ketua Bahagian Datuk Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego, Timbalan Ketua Bahagian, Usin Sukor, Naib Ketua Bahagian, Murni Awang, Setiausaha bahagian, Johann Diego, Bendahari, Rena Kashelda Yusof, Ketua Penerangan, Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Wanita, Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda, Syahrul Safwan Najwan Datuk Faisyal dan Ketua Beliawanis, Emmie M Idang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *