Hajiji
Hajiji menerima Buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)1.0 (2021-2025) Tahun 2022 daripada Safar di pejabatnya di DUN Sabah ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima Buku LaporanTahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)1.0 (2021-2025) Tahun 2022 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.

Hajiji pada Rabu berkata, Sekretariat SMJ telah mengeluarkan dua laporan iaitu laporan tahunan pencapaian sepanjang dua tahun Pelan Pembangunan SMJ dan Laporan Pencapaian Inisiatif Tahun 2022, yang memaparkan perincian kad laporan dengan markah pencapaian.

Kedua-dua laporan ini boleh diakses melalui portal Sekretariat Sabah Maju Jaya: smj.sabah.gov.my.

Katanya, sebuah buku juga telah diterbitkan dan Sekretariat SMJ akan mengedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh terdekat.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri merangkap Timbalan Ketua Sekretariat SMJ, Ramlee Kariah.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *