PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

BAGAN DATUK – Polis menembak mati seorang lelaki berusia 44 tahun selebas menjadikan ibunya sebagai tebusan dalam kejadian di sebuah rumah di Hutan Melintang di sini pada Selasa.

Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri sebagai sebagai berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerima laporan berkaitan tindakan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah sekitar pada sekitar jam 10 pagi

“Pasukan polis telah ke lokasi kejadian sekitar 11.30 malam bagi memberi bantuan. Setibanya di lokasi, pihak polis telah memujuk suspek untuk memberikan kerjasama, namun lelaki itu enggan dan bertindak agresif.

“Suspek kemudiannya dan mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun.

“Dia turut bertindak meletakkan parang di leher mangsa dan menuntut supaya pihak polis beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Bimbang dengan keselamatan mangsa, pihak polis secara berhati-hati telah memotong pintu jeriji. Menyedari polis berjaya masuk, suspek kemudiannya menolak mangsa sehingga jatuh dan pengsan.

“Suspek bertindak membaling kipas angin sambil menghayunkan parang ke arah pasukan polis ketika cuba menangkapnya,” katanya.

Mohd Yusri berkata, satu das tembakan dilepaskan ekoran faktor ancaman nyawa kepada pasukan dan terkena di bahu kiri suspek.

“Mangsa telah rebah ke lantai dan berjaya diselamatkan. Polis kemudiannya menghubungi ambulans bagi membantu suspek dan mangsa yang cedera.

“Suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh mempunyai dua rekod lampau dalam kes dadah.

Sementara itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan mati mengejut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *