KOTA KINABALU, SABAH – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang masuk hari kedua hari ini, berjalan lancar.
Mesyuarat sesi pagi yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Ahmad Abdul Rahman seawal 10.04 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Setiausaha DUN, Mohd Jayreh Jaya disusuli sesi pertanyaan lisan dengan enam soalan sempat dijawab.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan sesi perbahasan Ucapan Dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh enam ADUN iaitu ADUN Sulabayan, Telupid, Tanjung Kapor, Bangi, Kunak dan Kuamut, diikuti ucapan penggulungan kementerian-kementerian yang didahului Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Hadir pada sidang hari ini ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalannya, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong. — JABATAN PENERANGAN SABAH