Bomba
Kesan luka pada mangsa ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial)

SANDAKAN, SABAH – Seorang budak lelaki menyelamatkan dirinya dari dibaham seekor buaya berhampiran rumahnya di Kampung Batu Putih di sini malam Selasa.

Difahamkan, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu bersama rakannya yang tinggal di perkampungan air sedang berenang dari rumah jirannya untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber Jabatan Hidupan Liar, Bapa kepada kanak-kanak itu, Ubing Markum berkata anaknya diserang reptilia berkenaan ketika air pasang kira-kira jam 1 tengah hari.

“Kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan di tangan kanan, bahu dan kepala dan kemudian dibawa ke klinik swasta untuk rawatan di mana dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *