Awang
Awang Askandae bersama Pasukan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) – ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial Facebook )

PUTRAJAYA – Proses membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, akan disambung, hari ini.

Memetik sumber Berita Harian, Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, jenazah sepatutnya dibawa turun semalam namun disebabkan masalah cuaca terpaksa ditangguhkan dan masih berada di kem empat (8,000 meter dari aras laut).

Menurutnya, salji setebal 0.30 meter di permukaan pergunungan menyebabkan sukar untuk bergerak kerana jenazah Awang Askandar, 56, terpaksa diusung.

Katanya, keadaan cuaca hari ini baik dan proses membawa turun dapat dimulakan dengan dibantu oleh enam malim gunung sehingga ke kem dua.

“Sekiranya tidak berdepan masalah, proses menurunkan jenazah akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya esok termasuk menerbangkan jenazah menggunakan helikopter ke hospital di Kathmandu bagi proses seterusnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azim berkata, semalam juga berlaku kesesakan trafik di trek laluan kerana aktiviti pendakian akan berakhir 28 Mei ini dan pendaki perlu mengambil masa ditetapkan sebelum ia ditutup.

Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *