Bayi baru lahir jauh termenung fikir masa depan jadi bualan. Mendapat cahaya mata adalah satu anugerah yang terindah buat ibu bapa

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dikurniakan rezeki si kecil ini. Siapa saja yang tidak gembira bukan? Ia adalah fasa baru buat ibu bapa.

Kebiasaannya, bayi yang baru lahir akan dimulakan dengan tangisan betul tak? Namun, berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang bayi termenung sebaik saja dilahirkan telah mencuri perhatian ramai.

Anak โ€˜behaveโ€™ dan tak buat hal langsung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa berkongsi momen selepas kelahiran anaknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bayi itu dilihat hanya terbaring diam sambil termenung dan tidak menangis. Situasi itu membuatkan si bapa teruja melihatnya.

โ€œMesti time taklimat pengenalan asas baby baru lahir, dia tak datangโ€ โ€“ Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mengusik bayi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 274.5K likes dan 8,254 comments di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *