Hajiji
Fairuz (tiga dari kiri) ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji ( tengah) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai lebih 6,000 atlet akan menyertai Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata SAGA X akan berlangsung selepas majlis perasmian pada 16 Disember dan berakhir pada 22 Disember depan.

“Sebanyak 28 daerah dengan lebih 6,000 atlet akan menyertai SAGA X yang mempertandingkan 22 jenis sukan, dan kita mendapat penyertaan pertama dari daerah Membakut.

“Selain Kota Kinabalu sebagai lokasi pertandingan, lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau turut dijadikan sebagai tempat acara sukan berlangsung,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Fairuz berkata kunjungan tersebut bertujuan menjemput Hajiji bagi merasmikan Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 di Padang Universiti Malaysia Sabah, Sabtu ini.

Hadir sama, Setiausaha tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *