Bomba
Kenderaan BMW X5 yang terbabas dan terbakar pada ruangan enjin ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berusia 43 tahun sempat menyelamatkan dirinya selepas kenderaan BMW X5 yang dipandunya terbabas dan terbakar dalam gaung berhampiran Mini Puterajaya di Jalan UMS semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 4.48 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai lapan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan dan kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera bomba.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 5.34 petang,” kata seorang jurucakap agensi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *