Idris
Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – “UMNO kalah teruk di PRN semalam, UMNO kalah 100 peratus di Terengganu, Zahid Hamidi perlu letak jawatan”.

Demikian kata bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh di Facebook pagi tadi.

UMNO merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah dengan kehilangan 10 kerusi di Terengganu.

Kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Barisan Nasional (BN) hanya 19 daripada 108 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Dua bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman juga gagal mengekalkan kerusi tradisi BN.

Idris, seperti beberapa ahli UMNO sebelum ini mempertikaikan kepimpinan Ahmad Zahid yang mereka anggap sebagai punca kejatuhan parti.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *