Bendera
Bendera PH – BN ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

GEORGETOWN, PULAU PINANG – Kerajaan Perpaduan membentuk kerajaan Pulau Pinang apabila mendahului di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Memetik sumber Berita Harian, keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menundukkan pencabarnya, Perikatan Nasional (PN), MUDA, Parti Rakyat Malaysia (PRM), Penang Front Party (PFP) dan calon Bebas.

Setakat jam 9 malam tadi, PH-BN menang di DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal, Padang Lalang, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga dan Padang Kota.

Gabungan berkenaan turut menang di DUN Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong dan Bayan Lepas.

Calon PH daripada DAP dan PKR dilihat menguasai 21 kerusi majoriti pengundi Cina, selain turut selesa di kawasan bercampur.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menguasai sekurang-kurangnya enam kerusi setakat ini.

Kerajaan Pulau Pinang dapat dibentuk jika mana-mana gabungan politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berjaya menawan 21 daripada 40 kerusi DUN di negeri terbabit.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *