Video
Tangkap layar klip video menunjukkan pengasuh berkenaan yang sedang memukul mangsa menggunakan objek ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular)

KOTA KINABALU, SABAH – Luluh hati seorang ibu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) anaknya berusia 4 tahun didera di sebuah taska di Lido Avenue sini.

Klip video dengan durasi dua minit yang tular di media sosial pada Rabu, semalam, menjawab kenapa anaknya kerap pulang rumah dengan lebam baharu.

Dalam video itu, kedengaran tangisan sayu si ibu serta ayat-ayat kesat ditujukan kepada seorang pengasuh wanita yang dilihat menampar kepala dan menendang kanak-kanak terbabit.

Menurut sumber, ibu bapa kepada kanak-kanak itu diberikan alasan “dipukul kawan” apabila meminta penjelasan daripada pihak taska.

Sumber tersebut mendapati kes itu terbongkar apabila ayah kanak-kanak terlibat meminta untuk memeriksa rakaman CCTV.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu menunjukkan sifat kemurungan sejak dimasukkan pada Mac lalu manakala ibunya sedang mengandung anak yang kedua.

“Pihak taska tidak mengambil serius aduan kami tentang kesan lebam pada badan anak sebelum ini.

“Kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.

“Ini bagi mengelakkan lebih ramai kanak-kanak yang dihantar di taska itu menerima nasib sama,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *