Lemas
Mayat seorang nelayan berusia 62 tahun ditemui di perairaran berhampiran pesisiran pantai Kampung Kiaru ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUALA PENYU, SABAH – Mayat seorang nelayan berusia 62 tahun ditemui di perairaran berhampiran pesisiran pantai Kampung Kiaru sini setelah hilang selama dua hari.

Mangsa Mohd Lin @ Juslin dijumpa pada jam 8.30 pagi tadi oleh pasukan bomba bersama penduduk setempat kira-kira 2 kilometer dari pantai.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa keluar ke laut menggunakan bot pada jam 6 petang Selasa untuk memukat namun belum pulang ke rumah.

Ahli keluarganya kemudian membuar panggilan kecemasan pada pukul 8.49 malam.

“Menurut maklumat saksi, bot mangsa kelihatan di tengah laut dalam keadaan kosong.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat dipinggir pantai bersama orang kampung.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi membabitkan lebih 25 anggota dari pelbagai agensi ditamatkan pada jam 10.30 pagi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *