Vanessa
Vanessa Reynauld ( Sumber Foto: Ihsan Sony Music Malaysia

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda, Vanessa Reynauld telah membuat persembahan sulungnya dalam program ‘Sing! China 2023’, baru-baru ini yang disiarkan dalam Zhejiang TV.

Bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik telah menjadi topik perbualan dan perbincangan dalam komuniti siber (sosial media) di China.

Musim kali ini, program ‘Sing! China 2023’ menggunakan format pertandingan yang baru yang terbahagi kepada dua fasa yang inovatif iaitu ‘Pilihan Buta’ dan ‘Pilihan Terbuka’.

Tradisi program yang dikekalkan sejak 11 tahun lepas iaitu dengan membuat pemilihan secara ‘Pilihan Buta’ dan format terbaru kali ini, para mentor akan berhadapan dengan peserta.

Jika seorang mentor memutuskan untuk tidak memilih peserta tersebut, akan memilih untuk tekan butang dan berpaling menghadap belakang, kaedah ini memberikan elemen persaingan yang lebih menarik dan positif.

Selain itu, program ini juga telah menjemput para mentor yang mempunyai latar belakang yang hebat pada musim kali ini seperti Emil Chau, Joker Xue, Will Pan, dan Henry Lau (salah seorang ahli kumpulan lelaki popolar di Korea iaitu Super Junior), telah membawa elemen unik dan kepelbagaian gaya pada rancangan ini.

Vanessa dalam pada itu turut berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *