Takiyuddin
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA BHARU, KELANTAN – Gelombang Perikatan Nasional (PN) di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada Ogos nanti.

Memetik sumber Harian Metro, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata sambutan penyokong di enam negeri sehingga kini sangat positif.

“Kita lihat gelombang di enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan rakyat sedang memberi isyarat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Isyarat dari rakyat supaya mereka (Kerajaan Perpaduan) membuat persiapan untuk turun daripada takhta pemerintahan Kerajaan Pusat.

“Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kata insya-Allah Ogos ini. Mudah-mudahan dengan perjuangan, doa serta usaha, kita dapat mencapai kejayaan sebagaimana yang kita hajatkan,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pakat Pertahan Parlimen Ketereh, di sini, malam tadi 

Turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Takiyuddin turut meminta semua pengundi terus menyokong PN dengan menterjemahkan menerusi kertas undi pada 12 Ogos nanti.

“Jika petang tadi kita mengumumkan pengisytiharan lebih 200 pimpinan UMNO Ketereh yang keluar parti dan menyokong PN, kita berharap lebih ramai yang akan menyusul selepas ini,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *