KENINGAU, SABAH – Penumpang hadapan sebuah Perodua Viva disahkan maut selepas kenderaan tersebut merempuh belakang lori yang berparkir di tepi jalan Kampung Bakiau awal pagi tadi.
Hubungan ketiga-tiga mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira 1 pagi itu difahamkan bersepupu.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kesemua mangsa lelaki itu tersepit sebelum dikeluarkan anggota.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Gerit Polong, 35, mankala Rioe Dominic, 25 dan Juentin Pumputan, 19, dilaporkan mengalami cederaan.
“Dua orang mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital menaiki Ambulans dan jentera EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis,” kata seorang jurucakap.
Tambahnya, operasi di tamatkan pada jam 1.40 pagi.