Zahid
Zahid ketika sesi sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS) 4.0 bertempat di Hotel Promenade ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Penggantungan keahlian Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dalam UMNO dibuat secara dalaman susulan surat rasmi belum diterima oleh beliau.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata kedudukan Shahelmey dalam Kerajaan Perpaduan tidak terjejas meskipun keahliannya telah digantung.

“Diperingkat nasional, beliau masih merupakan ahli parlimen Kerajaan Perpaduan manakala di peringkat negeri, beliau adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Biarpun keahlian itu secara automatik gugur kerana beliau telah melakukan pengumuman itu tetapi kita mempunyai semangat Kerajaan Perpaduan, tindakan itu kita akan lakukan secara dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS) 4.0 bertempat di Hotel Promenade, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan Shahelmey menyatakan tetap berpegang kepada makluman bahawa beliau telah digantung keahlian daripada UMNO selama enam tahun walaupun tidak menerima sebarang surat rasmi mengenainya.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *