Kehilangan Sefuan Taha yang bekerja sebagai pembantu bot di Jeti Sutera Harbour, Kota Kinabalu turut ditularkan di media sosial dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan…

PAPAR, SABAH – Seorang pembantu bot yang keluar dari rumahnya di Taman Pengalat Besar Papar ke tempat kerja pada Ahad (23 Julai) lalu masih belum pulang sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata pihaknya meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha, 33, yang bekerja sebagai pembantu bot di Jeti Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

“Mangsa tidak dapat dihubungi sehingga kini dan tidak dapat dipastikan keberadaannya…

“Siasatan di tempat kerja mendapati, mangsa meninggalkan tempat kerjanya dengan menaiki motosikal pada jam 3.30 pagi.

“Pengadu berkata ada berhubung dengan mangsa pada jam 5.50 petang hari insiden namun kini tidak dapat dihubung lagi.

“Usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dilakukan oleh rakan sekerja, ahli keluarga dan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ibrahim Sanni, @siemfake pada laman TikTok, telah mengambil inisiatif untuk mencari mangsa menggunakan dron miliknya.

Pada ruangan komen di sebuah video seorang netizen ‘IamRic21′ mendakwa telah terhidu bau bangkai busuk ketika berjoging berhampiran MRSM Kinarut dua hari yang lalu.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *