Azmin
Calon PN bagi DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali ( Sumber Foto: Carian Google )

GOMBAK, SELANGOR – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang tiba awal di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, tadi.

Memetik sumber Berita Harian, PN mempertaruhkan Pengerusi PN Selangor yang juga bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (BERSATU) untuk bertanding di Hulu Kelang, manakala Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin (PAS) di Sungai Tua.

Penyandang Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (BERSATU) akan mempertahankan kerusi itu.

Mereka tiba di pusat penamaan diiringi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.30 pagi selepas berarak dari Masjid As Shariff Simpang Tiga di sini, pagi tadi.

Sementara itu, suasana di luar pusat berkenaan meriah dengan kehadiran ratusan jentera dan penyokong PN yang membawa sepanduk calon PN.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *