Bintang kecil
Enam finalis yang akan berentap dalam Pertandingan Debaran Bintang Kecil Peringkat Zon Sabah pada Sabtu ini ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Naib Juara Pertandingan Debaran Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2022, Fateeha Nasleen Suhailin bakal berentap dalam Pertandingan Debaran Bintang Kecil Peringkat Zon Sabah 2023, Sabtu ini.

Fateeha yang pernah tewas kepada rakan senegeri, Qahirah Maisarah Syahlil pada tahun lepas bakal bersaing dengan lima finalis lain antaranya Sham Badrin Embakri dari Lahad Datu, Cherryn Jenson (Kota Marudu), Valley Dyana Yakob (Telupid), Nur Aisyah Adleene Anuar (W.P Labuan) dan Mohamad Alif Ikmal Danial Azawan dari Ranau.

Penolong Pengarah Seksyen Hiburan dan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Mohd Azrry Abdullah dalam sidang medianya hari ini memaklumkan dua peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 3 September depan.

Oleh itu, beliau menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan pertandingan anjuran RTM Sabah itu yang akan diadakan di Lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital, mulai jam 1.40 tengahari dan masuk adalah percuma. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *