Kenny
Kenny (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAASB Rodney Linus (kedua kiri) – ( Sumber Foto: Ihsan Sabah Aviation Sdn Bhd )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) menjadi jenama yang diiktiraf dalam industri penerbangan selepas memenangi anugerah teratas dalam Anugerah Jenama Terbaik The Brandlaureatte selama dua tahun berturut-turut.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dianugerahkan anugerah The Most Outstanding CEO 2022 semasa penyampaian anugerah yang diadakan di Kuala Lumpur, Selasa malam, yang disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusinya, Kenny Chua mengulangi bahawa ia merupakan satu lagi pencapaian penting selain kontrak RM85 juta yang diberikan kepada anak syarikat, Sazma Aviation Sdn Bhd (SAZMA) oleh PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan di perairan Labuan.

Satu lagi pencapaian katanya ialah rancangan untuk menubuhkan kemudahan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO) bebas pertama Malaysia Timur untuk pesawat komersial.

“Ini selaras dengan gesaan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membangunkan industri bernilai dan berteknologi tinggi di negeri.

“MRO ini dijangka menarik pemain industri aeroangkasa utama ke Sabah. Di bawah kepimpinan kerajaan GRS Sabah, kami berani bermimpi lebih besar,” katanya.

SAASB mempunyai legasi yang membanggakan sebagai salah satu syarikat penerbangan perintis di Malaysia. Ia telah berada dalam industri sejak tahun 1975.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *