Bomba
Mangsa sebelum diusung keluar kawasan hutan oleh anggota bomba ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Seorang pekebun cedera di bahagian pinggang apabila dihempap pokok yang tumbang ketika sedang membersihkan kebun di Jalan Jabatan Air Ranau, di sini, petang Rabu semalam.

Sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat bertindak mengalihkan pokok yang menindih mangsa lelaki berusia 51 tahun dalam kejadian kira-kira dua petang itu.

“Pendakap pinggang dipasang pada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Ambulans KKM,” kata seorang jurucakap, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 3.18 petang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *